Kela Adventure Camp (KAC) merupakan sebuah pusat rekreasi yang terletak di bawah Banjaran Titiwangsa. KAC terletak di kawasan perkampungan Orang Asli Ruai, Kelang dan Buntu Ulu Sungai lebih kurang 40 km dari Daerah Raub. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam perjalanan melalui KL-Karak highway, exit Bentong. KAC dibina pada tahun 2005 dengan keluasan 3 ekar mampu menampung sehingga 350 orang peserta pada satu masa.

KAC menjadi tarikan pengunjung kerana mempertengahkan konsep “feel the nature of adventure” dimana kawasannya dikelilingi kebun buah-buahan di dalam hutan semulajadi dan mempunyai sungai yang jernih. Sejak penubuhan KAC telah menerima pelbagai lapisan pengunjung seperti korporat, syaarikat, universiti, sekolah dan institusi keluarga. KAC juga telah memperkenalkan pelbagai pakej yang menarik sesuai untuk aktiviti luar menggunakan elemen tanah, air dan angin. Aktiviti-aktiviti yang dejalankan seperti “ night walking, survical kitchen, jungle tracking, water confident, water rafting, water fun clap activities, water tracking, Burma bridge, flying fox , silara bridge dan macam-macam lagi.

KAC juga dilengkapi pelbagai fasiliti seperti chalet buluh tradisional, chalet moden, tandas, bilik persalinan, ruang solat, ruang serbaguna, ruang makan, dapur, tapak perkhemahan dan juga tapak meletak kenderaan. Tarikan chalet buluh tradisional adalah ia dibina menyerupai rumah pada 50 an ke 70 an. Ia dibina 100% menggunakan tumbuhan semulajadi iaitu tiang nya diperbuat daripada kayu keras keras dan atap nya menggunakan daun Bertam. Manakala dindingnya deperbuat daripada buluh. Ia memberi pengalaman dan suasana kembali kepada alam semulajadi.

 

RUJUKAN

https://kelaadvcamp.blogspot.com/

Alamat : Kampung Kela ,Jalan Ulu Sungai,

27610 Raub , Pahang

Tel : 019-9551752

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

    

 

"SELAMAT DATANG KE ROCK MOUNTAIN RESORT"

 

Rock Mountain Resort merupakan tenpat rekreasi menarik buat keluarga yang terletak di Kg.Sungai Raub, Raub Pahang. Pelbagai kemudahan menarik di sediakan antaranya :

  • Penginapan yang selesa dan mewah.
  • Kolam renang untuk dewasa dan kanak kanak.
  • Pelbagai aktiviti TeamBuilding untuk keluarga dan syarikat korporat.
  • Tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.
  • Berehat sambil menikmati udara nyaman dan segar di kaki bukit.

 

Rujukan : https://www.facebook.com/rmraubresort/

 

Alamat : LOT PT6900(A), KG SUNGAI RUAN,

27600 RAUB, PAHANG

 

No Tel : +60 16-916 9897


Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

  

 

Lokasi Tanah Aina Fahad yang terletak di Ulu Dong, Raub, Pahang bersebelahan dengan tempat perkelahan Lata Jarum. Dengan keluasan lima ekar, ia dibuka umum sejak tiga tahun lalu. Tanah Aina Fahad adalah bersempena nama cucu Puan Seri Shariffa Sabrina, pemilik tempat beriadah yang indah ini. 

Tanah Aina Fahad merupakan salah satu destinasi pelancongan eco tourism milik Puan Seri Shariffa Sabrina dan nama-nama tempat percutian berkenaan dipilih sempena nama anak-anaknya. Selain Tanah Aina Farrah Soraya (Raub), Tanah Aina Farouq (Mukim Tras, Raub) dan Tanah Aina Fareena (Bentong).

Tempat percutian berkonsep perkhemahan  atau ‘glamping’ (gabungan ‘glamour’ dan ‘camping’) Tanah Aina Fahad  ibarat ‘syurga tersembunyi’. Air, tanah, udara dan pohon menghijau bergabung mencipta suatu keasyikan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Anda ibarat dibawa kembali menikmati alam semulajadi yang begitu nyaman, damai dan mempersona.

Percutian ala perkhemahan mewah di Tanah Aina Fahad pasti memberi pengalaman baru pada anda. Ini disebabkan ia berbeza daripada destinasi percutian yang biasa di tawarkan, iaitu di dalam hutan dan perkhemahan ini pula di tepi sungai yang jernih lagi nyaman!

Dari luar, perkhemahan ‘glamping’ ini kelihatan khemah biasa.  Namun, jejak sahaja ke dalam khemah, kelihatan  katil bertilam empuk, selimut dan kipas angin. Amat selesa bagai berada dalam rumah! Setiap satu khemah terdapat empat buah katil.

  

Begitu juga dengan kamar mandi yang dilengkapi kemudahan bertaraf hotel . Dingin segar air yang mengalir daripada pancutan buluh mampu menghilangkan lesu badan dan penat minda. Ternyata glamping ini amat mengujakan. Inilah masanya anda lari sebentar dari hiruk-pikuk kota dan beban kerja tidak berkesudahan.

Selain mandi sungai sambil menikmati deruan air terjun sejuk dan dingin, aktiviti lain yang disediakan di Tanah Aina Fahad termasuklah dapur dan ruang memasak serba lengkap, keperluan barbeku, melawat kawasan kampung, merasai pengalaman menoreh getah, menikmati masakan kampung, jungle trekking dan juga aktiviti air seperti tubing di Sungai Chekas. 

Segalanya teratur dan menjanjikan keselesaan dan kepuasan. Konsep glamping pertama seumpamanya di Malaysia. Namun tidak mengetepikan ‘rasa hutan’ yang asli. Siang dengan aktiviti riadah dan malam boleh barbeku sambil karaoke. Juga boleh bersantai bertemankan unggun api.

 

RUJUKAN

https://wowmalaysia.com.my/tanah-aina-fahad-glamping-5-bintang/

Contact : 016-6090493(Ms. Juliet), 016-2159252(Ms. Hannah) or 016-216 9252 (Mr, Haidhar)(9 a.m. to 6 p.m. daily)

E-mel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman web:  http://www.tanahaina.com/fahad/

 

  

Pusat Rekreasi Jeram Bangkin,Dong merupakan kawasan destinasi perkelahan keluarga terbaru yang menarik di daerah ini. Ia di bagunkan pada Disember 2018 di kawasan seluas kira 2 hektar persegi di kawasan sungai Gunung Benom. Kedudukannya di tepi jalan raya pecan Dong menjadikan Pusat Rekreasi Jeram bangkin pilihan ramai.

Ketua Kampung Lechar , Ishak Ibrahim berkata pusat rekreasi ini di bangunkan oleh Jawatankuasa kemajuan & Kemakmuran Kampung (JKKK) hasil peruntukan Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak MOhktar sebanyak RM270,000 dari Pejabat Pelancongan Negeri.

Pelbagai kemudahaan di dirikan di sini seperti surau, gazebo,kerusi,papan tanda, tempat parking dan tandas bagi memudahkan pengunjung.

 

 

RUJUKAN :  https://utusantimur.com/2020/02/05/jeram-bangkin-dong-tarikan-baharu-raub/

Alamat : Jalan Dong - Ulu Dong

              Kampung Jeram Bangkin,

              27400 Dong Raub PAHANG

TEL : 013 -9977501 (ketua kg.lechar - En.Ishak Ibrahim)
 

 

 

 

    

Laman Pesona Resort & Spa terletak di Cheroh, Raub Pahang . Terletak di dalam kawasan kehijauan yang subur
di dalam kawasan kebun yang luas, ia menawarkan suasana nyaman dan menyegarkan bagi semua pelawat.
Pemanduan ke sini hanya lebih kurang 90 minit (Kira-kira 100km) dari Kuala Lumpur.
Resort ini mempunyai kolam renang dan ‘’Fitness Center” Para tetamu boleh menikmati hidangan menarik
di restoran yang di sediakan di resort Laman Persona ini .


Antara kemudahan dan perkhidmatan yang di sediakan di Laman Persona adalah

- Menawarkan pusat spa dan sauna
- WiFi percuma dipaparkan di seluruh hotel
- Tempat meletak kereta peribadi percuma disediakan di lokasi
- Setiap bilik di resort ini berhawa dingin dan mempunyai TV berskrin rata.
- Setiap bilik mempunyai bilik mandi peribadi

Para tetamu boleh menikmati pelbagai aktiviti di persekitaran, termasuk snuker, berbasikal dan memancing.Laman Persona juga berfungsi sebagai destinasi yang ideal untuk aktiviti-aktiviti syarikat, keluarga, dan atau mana-mana kumpulan yang berminat mengadakan khusus, majlis perkahwinan dan sebagainya. Bagi mereka yang inginkan ketenangan dan menikmati keindahan alam boleh berkunjung ke Laman Persona.

 

RUJUKAN

https://www.lamanpesonaresort.com/

Alamat : Lot 3 & 4, Seksyen 4, Kampung Baru Cheroh
              Cheroh Raub 27620
              Pahang
Tel : +60 9-369 7892
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.