Vaksin COVID-19 bukan sahaja mampu melindungi kanak-kanak daripada COVID-19 tetapi juga orang di sekeliling mereka, terutamanya yang tidak layak mendapat vaksin.

SUMBER : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Amalkan langkah pencegahan untuk elakkan jangkitan COVID-19.

Bantulah Malaysia putuskan rantaian COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia @KKMPutrajaya https://t.co/UEYJ1LdI4j

 

 

 

 

Kesihatan yang baik merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Kerajaan telah menyediakan kemudahan-kemudahan dalam bidang kesihatan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sebagai sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan Bandar Raub, Felda Krau 1 tidak terkecuali menerima pelbagai kemudahan kesihatan tersebut.

 

WAKTU OPERASI KLINIK DESA FELDA KRAU 1

 

Isnin hingga Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

Rehat     1.00 tengah hari – 2.00 petang

kecuali

Jumaat   12.15 tengah hari – 2.45 petang

Sabtu/  Ahad/ Cuti Umum

TUTUP

 

 

HFMD

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk: 
 
  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh /  merawat lepuh
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

Sekian, harap maklum.