Nama

Tarikh

: LATIHAN ICT - POSTER MYWALL (Poster Bebas)

: 19 Oktober 2024 (SABTU)

Masa

: 03.00 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: NADI Felda Krau 1

Peserta

:  4 Orang

 

Tujuan : 

 

-       Memperkenalkan pelajar kepada aplikasi MyWall, sebuah platform dalam talian untuk mencipta poster dan bahan grafik secara kreatif dan interaktif.

-       Memberikan pendedahan kepada teknik asas reka bentuk poster

-       Membangunkan keyakinan pelajar dalam penggunaan aplikasi digital untuk tujuan komunikasi visual.

 

Aktiviti :

-       Petugas menerangkan secara ringkas tentang kegunaan platform Poster MyWall dan kelebihan platform ini dalam membuat poster.

-        Pelajar diberi panduan asas dalam memilih templat, menggunakan teks, dan menambah elemen grafik.

-     Pelajar diminta menyediakan 1 poster bertemakan bebas dengan menggunakan template serta elemen-elemen yang terdapat dalam platform poster mywall mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar Di sini

======================================================================================================

Nama

Tarikh

: LATIHAN ICT - MS POWER POINT (Planet-Planet Dalam Sistem Suria)

: 20 September 2024 (JUMAAT)

Masa

: 03.00 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: NADI Felda Krau 1

Peserta

:  7 Orang

 

Tujuan : 

-   Meningkatkan produktiviti dengan menguasai teknik PowerPoint. Peserta dapat mengurangkan masa yang diambil untuk menghasilkan bahan pembentangan, sekaligus meningkatkan produktiviti mereka dalam menyampaikan maklumat.

-    Memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai penggunaan perisian komputer yang penting seperti PowerPoint, membantu mereka membina asas dalam teknologi maklumat.

 

Aktiviti :

-    Membantu pelajar dalam menyediakan satu slide pembentangan berkaitan planet-planet dalam sistem suria .

-    Peserta dibimbing cara memasukkan elemen-elemen seperti gambar , text ,grafik , dan transisi ke dalam slide pembentangan .

 

Gambar Di Sini

======================================================================================================

 

Nama

Tarikh

: ASAS MS.POWER POINT (Jenis Buah-Buahan)

: 28 Julai 2024 (AHAD)

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: NADI Felda Krau 1

Peserta

:  6 Orang

 

Tujuan : 

-  Membantu pelajar meningkatan kemahiran komunikasi melalui kelas Ms.Power Point dimana mereka mempelajari cara untuk menyampaikan idea dan maklumat dengan jelas dan teratur melalui slaid persembahan.

-     Membantu pelajar sekolah rendah membina asas kemahiran teknologi yang kukuh dan mengembangkan kebolehan komunikasi serta kreativiti mereka.

-   Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti untuk komuniti setempat menuntut ilmu dengan lebih selesa dengan kemudahan yang disediakan.

 

Aktiviti :

-       Pelajar diberi tugasan menyiapkan 1 slaid pembentangan berkaitan jenis buah-buahan di Malaysia.

-     Petugas membimbing pelajar memasukkan gambar , animasi dan transition ke dalam slaid pembentangan agar lebih menarik untuk di persembahkan.

 

Gambar Di Sini

===========================================================================================

Nama

Tarikh

: LATIHAN ICT - MS WORD (Kenali Bendera Malaysia)

: 03 Ogos 2024 (SABTU)

Masa

: 03.00 Petang - 05.00 Petang

Lokasi

: NADI Felda Krau 1

Peserta

:  9 Orang

 

Tujuan : 

-    Memberi pelajar pendedahan awal tentang cara menggunakan perisian Microsoft Word, yang merupakan kemahiran penting dalam dunia pendidikan dan pekerjaan kelak.

-   Memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan pelbagai fungsi dalam Microsoft Word untuk menghasilkan dokumen yang kreatif dan menarik.

-   Menyokong pembelajaran akademik dimana pembelajaran Microsoft word dapat membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan sekolah seperti menaip karangan, laporan, dan projek dengan lebih mudah dan profesional.

Aktiviti :

-    Petugas memberikan tugasan kepada pelajar untuk membuat satu dokumen berkaitan warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia menggunakan perisian Ms.Word.

-    Pelajar dibimbing berkaitan cara memasukkan gambar , font (warna dan jenis tulisan), serta cara menggunakan menu ‘bullet & numbering’ bagi menyiapkan tugasan.

Gambar Di sini

===========================================================================================

Nama

Tarikh

: KELAS MENCIPTA POSTER HARI RAYA (Poster Mywall)

: 18 Jun 2024 (SELASA)

Masa

: 03.30 Petang - 05.30 Petang

Lokasi

: NADI Felda Krau 1

Peserta

:  4 Orang

 

Tujuan : 

-    Memberi pendedahan awal epada peserta tentang penggunaan perisian asas komputer dan laman web ICT yang penting dalam

     kehidupan seharian dan masa depan.

-   Melatih para peserta dalam menyediakan pelbagai bentuk dokumen secara digital mengikut format dan fungsi

     yang di sediakan dalam setiap perisian dan laman web berkaitan ICT.

-    Menyediakan kemahiran asas yang diperlukan untuk pendidikan lanjutan dan kerjaya masa depan, di mana

     kemahiran komputer adalah keperluan.

-   Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti untuk komuniti setempat menuntut ilmu dengan lebih selesa dengan

    kemudahan yang disediakan.

 

Aktiviti :

-      Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web postermywall untuk mencipta sebuah poster yang menarik.

-     Pelajar di beri pilihan menggunakan beberapa template di laman poster my wall berkaitan Hari Raya Aidiladha bagi menyiapkan tugasan poster masing-masing.

-     Pelajar di bimbing cara memasukkan gambar pilihan sendiri ke dalam poster bagi kelihatan lebih menarik dan kreatif.

-   Selesai mencipta poster mengikut kreativiti masing-masing , petugas membimbing pelajar bagaimana langkah untuk menyimpan danmencetak poster hasil ciptaan mereka.

 

Gambar Di Sini

===========================================================================================