NAMA

:

Fitriani Rania Binti Ahmad Fitri

UMUR

:

10 Tahun

AHLI

:

2023

 

Latar belakang

Afiq Muhaimin Bin Zulkifli, seorang pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Felda Krau 1, merupakan anak kedua daripada lima beradik. Dia mula melibatkan diri di NADI felda Krau 1 sejak September 2022. Afiq menunjukkan minat yang mendalam terhadap teknologi dan sering mengunjungi NADI untuk menggunakan computer dan mengikut kelas ICT yang ditawarkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada awalnya, Afiq kurang mahir dalam penggunaaan teknologi dan sering menggunakan computer hanya untuk menonton video dan bermain permainan. Tahap penguasaan perisian asas seperti Microsoft Word, PowerPoint, dan Excel masih lemah. Dia juga tidak tahu bagaimana cara menggunakan perisian multimedia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak NADI, Afiq mula menguasai kemahiran asas menggunakan Microsoft Office serta mencipta persembahan PowerPoint. Beliau juga belajar untuk mencipta poster poster dan suntingan imej melalui kelas multimedia yang dijalankan. Afiq sering menyertai kelas seperti Kelas Asas Microsoft Office, Kelas Coding menggunakan Scratch, Program STEM/IoT, dan pelbagai kelas Kemahiran Insaniah. Ini telah memberi peluang kepadanya untuk meningkatkan kemahiran computer dan ICT secara keseluruhan.

 

 

 

USAHAWAN PAKAIAN(Le Dolce Nor) 

NAMA

:

Nor Asni Binti Ghazali

UMUR

:

58 Tahun

AHLI

:

2022

 

Latar belakang

Puan Nor Asni Binti Ghazali merupakan seorang penerokawati Felda Krau 1. Beliau dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Beliau berasal dari Selama, Perak dan berhijrah ke Pahang setelah berkahwin. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang sangat minat dengan dunia perniagaan. Dengan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau bermula dengan menjual kuih-muih, barang kemas, mainan kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Pada tahun 2010, Puan Nor Asni telah memulakan perniagaan pakaiannya dengan menjual di Raub Night Bazaar (RNB) dan pasar pagi Ahad. Kaedah penjualan produk pakaian nya hanyalah secara “offline” di pasar dan dari rumah ke rumah menggunakan sistem hutang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menggunakan ICT dan penglibatan NADI dalam perniagaan Puan Asni hanya berniaga secara offline di rumah, pasar, bazaar dan booth karnival. Beliau juga menghebahkan mengenai produk beliau hanya melalui mulut ke mulut kepada pelanggan- pelanggannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Dengan pengetahuan ICT yang diperolehi oleh Puan Asni beliau membuka akaun laman sosial iaitu Facebook dan Instagram. Disitu beliau baru melihat bagaimana usahawan – usahawan yang lain mempromosikan produk mereka di laman sosial dengan mendapat sambutan yang lebih baik. Pn. Asni mula berjinak mempromosikan jualannya melalui laman sosial Facebook dan Facebook page beliau dan laman facebook group penduduk daerah sekitar.

Dari masa ke semasa Pn Asni telah banyak mempelajari teknik pengiklanan produk yang lebih berkesan untuk menarik minat lebih ramai pelanggan. Pelanggan Pn Asni bertambah ramai meliputi pelanggan dari pelbagai daerah bukan hanya dari daerah Raub.

Beliau juga berpeluang mengikuti pelabagai kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh NADI Felda Krau 1 seperti kelas pemasaran secara atas talian, perbankan atas talian, teknik fotografi dan pelbagai lagi yang memberi impak dalam meluaskan perniagaan beliau seterusnya meningkatkan pendapatan perniagaan beliau. 

  

 

NAMA

:

Muhammad Aidid Hariri Bin Mohd Helmi

UMUR

:

11 Tahun

AHLI

:

2022

 

Latar belakang

Muhammad Aidid Hariri Bin Mohd Helmi merupakan cucu kepada salah seorang peneroka Felda Krau 1. Beliau tinggal di Felda Krau 1 bersama keluarga .Beliau berumur 11 Tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Krau 1. Aidid merupakan anak ke 2 dalam keluarga daripada 3 orang adik beradik. Sejak menjadi ahli di NaDi Felda Krau 1, beliau sering mengunjungi NaDi untuk melayari internet, mengikuti kelas tuisyen secara atas talian, bermain permainan-permainan komputer bersama rakan-rakan di NaDi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Sebelum didedahkan dengan penggunaan ICT, Aidid sering berkunjung ke NaDi dan meluangkan masa dengan hanya menonton video di laman Youtube , bermain permainan komputer bersama rakan,. Sesekali beliau juga menggunakan perkhidmatan melayari internet di NaDi untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah yang di beri oleh guru. Pada ketika ini tahap penguasaan komputer dan ICT masih di peringkat rendah.  Beliau masih kurang mahir menggunakan komputer dan perisian yang ada.seperti Microsoft Office dan perisian-perisian asas yang perlu bagi pelajar sekolah rendah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Dengan penglibatan pihak NaDi dalam usaha melahirkan para pelajar yang celik ilmu ICT , Aidid Hariri kini semakin mahir dalam penggunakan komputer dan semakin minat untuk datang ke PEDi bagi mempelajari ilmu-ilmu berkaitan ICT . Beliau sering melibatkan diri dengan pelbagai kelas kemahiran ICT dan program yang di anjurkan di NaDi Felda Krau 1 contohnya Kelas Asas Microsoft Word, Power Point , Publisher .Beliau telah menguasai kemahiran untuk menggunakan perisian asas komputer ini dengan lebih baik dan cekap setelah mengikuti kelas- kelas dan latihan yang telah dianjurkan oleh NaDi.

Beliau juga tidak pernah melepaskan peluang mengikuti program yang di jalankan di NaDi seperti program cuti sekolah STEM, kelas multimedia (video), mencipta poster, kelas Coding dan sebagainya. Beliau juga sering menyertai pertandingan ICT yang dianjurkan oleh NaDi seperti pertandingan menaip pantas, pertandingan menghasilkan poster, Kuiz Kahoot ICT,pertandingan sukaneka dan banyak lagi. Kini Aidid semakin minat berkunjung ke NaDi untuk mempelajari pelbagai ilmu berkaitan ICT. Aidid  juga merupakan salah seorang peserta program digital Learning (e-Tuisyen) di mana beliau mengikuti kelas tambahan secara atas talian pada hujung minggu dengan menggunakan kemudahan perkhidmatan komputer dan internet yang di sediakan di NaDi.

    

 

NAMA

:

Fitriani Rania Binti Ahmad Fitri

UMUR

:

10 Tahun

AHLI

:

2023

 

Latar belakang

Fitriani Rania Binti Ahmad Fitri berumur 10 tahun merupakan seoarang pelajar tahun 4 dari Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Krau 1. Beliau merupakan anak ke 3 dalam keluarga daripada 4 orang adik beradik. Sejak berdaftar sebagai ahli NADI Felda Krau 1, beliau sering mengunjungi NADI untuk melayari internet dan bermain permainan-permainan komputer bersama rakan-rakan yang lain di NADI ini. Rania kerap mengunjungi NADI pada waktu cuti sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum diberi pendedahan dengan pengetahuan ICT, Rania sering mengunjungi NADI dan lebih banyak menghabiskan masa untuk menonton video di laman Youtube dan bermain permainan komputer bersama rakan-rakan di NADI. Pada ketika ini, beliau masih lagi kurang pendedahan terhadap ilmu ICT. Tahap penguasaan komputer masih lemah dan kurang mahir dalam menggunakan perkakasan komputer seperti keyboard serta perisian-perisian asas yang utama seperti Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan petugas NADI dalam usaha membantu melahirkan para pelajar yang celik ICT melalui kelas dan program yang di jalankan di NADI , kini Rania semakin mahir dalam menggunakan komputer dan semakin minat untuk datang ke NADI bagi mempelajari ilmu-ilmu berkaitan ICT . Beliau selalu tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dengan kelas dan program ICT yang dijalankan di NADI, di antaranya seperti Kelas Asas Microsoft Office, Kelas Multimedia, Kelas Mencipta Poster dan sebagainya . Dengan ini, beliau telah berjaya menguasai kemahiran menggunakan perisian asas komputer dengan lebih baik dan cekap setelah mengikuti kelas- kelas dan latihan yang telah dianjurkan oleh NADI.

Rania juga sering mengikuti program yang di jalankan di NADI seperti program cuti sekolah STEM / IOT, kelas Coding dan sebagainya. Beliau juga turut menyertai pertandingan ICT yang dianjurkan oleh NADI seperti pertandingan menghasilkan poster, Kuiz Kahoot ICT, pertandingan sukaneka dan banyak lagi.

  

USAHAWAN MAKANAN RINGAN (Kerepek Pisang & Rempeyek) 

NAMA

:

Noorshuhada Binti Mohd Saupi

UMUR

:

36 Tahun

AHLI

:      

2014

 

Latar belakang

Puan Noorshuhada Binti Mohd Saupi merupakan generasi kedua di Felda Krau 1. Beliau merupakan anak ke 4 daripada 5 orang adik beradik. Beliau berkelulusan SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub. Beliau adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai 1 orang anak dan menetap di Felda Krau 1 bersama ibubapanya. Beliau mula menceburi bidang perniagaan ini sekitar tahun 2016 ketika beliau masih bujang. Pada mulanya beliau hanya menjadikan aktiviti membuat kerepek dan rempeyek ini satu hobi. Dengan minat yang beliau ada beliau ingin cuba menjadikan hobi ini satu aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan buat beliau dan keluarga.Oleh itu, beliau cuba memasarkan produk kerepek pisang beliau dengan meletakkan di kedai-kedai runcit berdekatan. Dari situlah bermulanya perjalanan perniagaan kerepek pisang dan rempeyek yang di usahakan sendiri oleh Pn.Shuhada. Beliau berhasrat mengembangkan perniagaan beliau ini secara lebih meluas lagi bagi menampung kehidupan beliau sebagai ibu tunggal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menggunakan ICT dan penglibatan PEDi dalam perniagaan, Puan Shuhada hanya mempromosikan produk kerepek pisang dan rempeyek beliau dengan meletakkan di kedai-kedai runcit, kedai makan dan promosi kepada rakan-rakan serta jiran-jiran terdekat sahaja. Hasil jualan beliau ketika ini juga masih rendah sekitar RM 200- RM 300 sahaja sebulan.Untuk permulaan beliau hanya menggunakan modal sendiri secara kecil-kecilan . Apabila mula mendapat tempahan dari jiran tetangga dan rakan-rakan yang pernah mencuba kerepek beliau , Pn.Shuhada mula mencari ilmu dan mula mendapatkan bantuan suntikan modal perniagaan dari agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Pada ketika ini promosi yang di jalankan masih lagi secara “offline”.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan sedikit sebanyak pengetahuan ICT yang diperolehi, Pn.Shuhada mula belajar mempromosikan produk kerepek beliau secara lebih meluas di laman media sosial seperti Facebook dan Whatsapps (Group jualan bazar & status). Dari sini, pengetahuan beliau semakin bertambah di mana beliau berpeluang mempelajari teknik-teknik mempromosikan produk serta menambahkan prospek dan target jualan dengan lebih meluas dan berkesan. Beliau mula mempromosikan produk kerepek pisang dan rempeyek beliau ke dalam page group di laman Facebook bagi meluaskan dan mengembangkan lagi jualan beliau.

PEDi juga memainkan peranan membantu Pn.Shuhada dengan menyediakan kelas usahawan seperti kelas fotografi LED mini studio . Melalui kelas ini, Pn.Shuhada berpeluang mempelajari teknik mengambil foto produk dengan sudut, pencahayaan yang betul supaya dapat menghasilkan foto produk yang lebih kemas , eksklusif dan cantik untuk dijadikan bahan promosi. Produk kerepek pisang dan rempeyek yang di hasilkan Pn.Shuhada semakin meningkat bukan sahaja di musim-musim perayaan malah boleh di katakan hamper setiap hari beliau menerima tempahan dari pelanggan melalui Whatsapp dan medial sosial Facebook. Pendapatan jualan beliau juga semakin meningkat sehingga RM 1500 sebulan